Kursus Pembantu Mahasiswa (PMMMS)

December 25th, 2008 by slinky

Setelah lama tidak kembali di blog.. Erm kali ni aku kembali ke kampus 2 minggu awal coz ada kursus sebagai pembantu mahasiswa yang akan diakan di UiTM Lendu , Melaka.. Pada 18 Disember 2008, aku bersama dengan ibu dan adikku Endi pergi ke UiTM Shah Alam (Kolej Seroja) untuk mendaftar sebagai peserta. Lepas daftar jer.. Adik and ibuku pon balik.. tinggal la aku bersendirian…takder sorang pon aku kenal time tu.. So aku letak barang² di bilik yang disediakan..Then aku trus ke meja batu dekat ngan pintu masuk Kolej Seroja.. Sementara aku tunggu syidi and adi bleh la aku relaxkan diri.. Around pukul 5.00++ , Syidi and adi pon sampai dari puncak dengan menaiki bas RapidKL. So aku follow diorang skali time mendaftar.. Diorang dapat bilik lain coz daftar lambat.. Kiranya aku and geng stay kat seroja untuk satu malam jer.. Esok paginya ktorang akan bertolak ke UiTM Lendu, Melaka.

Shidi & Aku

Aku & Shidi

Akmal & Adi

Akmal & Adi

Erm ktorang sampai Lendu, Melaka around pukul 12 tgh hari.. Seperti biasa ktorang check in untuk masuk ke bilik2 yang telah disediakan ( bkn bilik hotel ek) hihi.. Ok la 4 orang satu bilik.. Aku, Syidi and dua orang student Art & Design.. iaitu Amin and Zack… Lepas letak sumer barang.. Ktorang bergerak ke Masjid untuk menunaikan solat Jumaat. Lepas Jumaat ktorang mkn di dewan makan.. Dan seterusnya ktorang menjalani kursus ini selama 4 hari. Pelbagai dugaan and cabaran ktorang harungi.. Antara aktiviti yang ktorang lalui Explorace ala apprentice iaitu aku sendiri mengalaminya.. banyak benda aku belaja time explorace ni.. iaitu.. camner nak convince and persuade orang supaya beli barangan yang kita jual, blaja untuk mendengar arahan dan memberi arahan coz setiap kumpulan ada sorang ketua.. and anak2 buahnya perlulah dengar arahan yang diberikan ketua.. Abes jer dah nak maghrib la jugak.. Sorry la gambar x sempat nak ambik time explorace ni.. After this ktorang naik plak Menara Taming Sari.. menara ni berada di tengah bandaraya Melaka tu.. Kiranya cam ala2 restaurant berputar kt menara KL tu la.. Pelancong akan duduk dalam tempat yg disediakn.. Dan bulatan tu akan naik hingga paras 80-90 meter dan berputar selama 5 minit. Besh gak la coz ktorang tgk time malam.. bleh la layan keindahan Bandar Melaka time malam.

Menara Taming Sari

Ni la ghuper Menara Taming Sari (Sori pic blur skit)

Pas tu ktorang balik ke UiTM Lendu.. Kiranya ni malam terakhir ktorang kt Melaka.. Esoknya ktorang bakal ke Zoo melaka plak.. hihi .. Memula aku rasa cam dak sekolah pon ade tp aku layan jer.. Keesokan harinya.. lepas jer bawak barang trun and wat check out.. Sementara tunggu bas sempat gak bergambar..

Time nak balik

Time nak balik.. Dari kiri Farhan, Syed, Cik Tem, Zack, Adi, Akmal, Syidi, Aku & Faris

Team Kaizen..

Ni la group aku time kursus ni.. Team Kaizen.

Lepas bas sampai.. ktorang pon bergerak ke Zoo Melaka and lepas je abes ktorang trus balik ke puncak.. Bawak ni pic time kt Zoo Melaka.

Di pintu masuk Zoo Melaka

Di pintu masuk Zoo Melaka

Di kandang Zirafah

Hadapan kandang Zirafah..(Dari kiri Adi, Aku, Nabil,Amin & Shidi)

Kandang Gajah

Di hadapan kandang Gajah.. Ktorang lagi beso dari Gajah kan.. Hihi (Dari kiri: E’in, Amin, Adi,Farhan, Shidi, Aku & Nabil)

Selamat Pengantin Baru Rashidah & Fadhlan

December 15th, 2008 by slinky

Rashidah and Fadhlan..

Rashidah and Fadhlan..

Pada 14 Disember 2008, Rashidah Ahmad Buhari iaitu rakan seperjuangan ketika belajar di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) telah selamat diijabkabulkan pada 13 Disember dan Walimatulurusnya pada 14 Disember 2008. Majlis dia ni aku datang ngan member2 lain secara berkonvoi. Sebanyak 4 kereta yang follow..keter aku, keter jannah, keter shima rugged and keter family nurul. Ktorang berkumpul di tapak parking kereta di Giant Sekysen 13 and bertolak pada pukul 1130 pagi.. And aku lead konvoi ni ke rumah pengantin.. Teragak2 la jugak aku… Naseb bek ade quchai a.k.a Datuk Farid.. Hihii. Dalam pukul 1240 tengah ari ktorang sampai… Sampai jer geng2 aku ni dah wat amal, kejenye.. tolong tolak keter tetamu yang tersangkut kat tanah lembut.. Berpeluh gak ktorang time tu.. Dah penat… Aper lagi.. ktorang serbu la umah pengantin.. Mak aii.. ramai gler orang time tu… So lepas bersalam ngan tuan umah, aper lagi ktorang masuk queue la untuk bersantap… Bawah ni pic time kenduri tu..

Ni kira pengantin baru gak la.. kawen time Deepavali..

Ni kira pengantin baru gak la.. kawen time Deepavali..

Ni la baby Aiman & Ija.. Cute kan...

Ni la baby Aiman & Ija.. Cute kan…

Sebelum bertolak balik.. Dari kiri aku, Nabil Aziz, Muzaffar, Zulbahari and Faizal Md Nor

Sebelum bertolak balik.. Dari kiri aku, Nabil Aziz, Muzaffar, Zulbahari and Faizal Md Nor

Aku ckp : Aku doakan kepada pengantin agar berbahagia hingga ke akhir hayat… dan dimurahkan rezki.. InsyaAllah.. :D

huargh…. aku still lagi cm ni..

December 9th, 2008 by slinky

hurm setelah setahun setengah aku menghabiskan masa dengan blaja di UiTM.. kengkadang aku pon tak tau naper aku berada kat sane.. sumtime aku tau nape and sumtime aku cm blur2 jerk.. dalam ati aku mmg nak capai sumthing time blaja kat sini.. awal2 dlu memcm aku angankan.. nak dapat dean list la.. aper la.. tapi satu hapak pun x dpt lagi.. hope aku dapat sekali pon jadila.. tapi cuti kali ni mmg besh.. byk pengalaman yang aku timba.. start jer cuti semester.. aku lepas baper ari jerk kat umh.. then aku wat keje part time ngan faculty dimana akak aku bekerja.. sebagai driver kepada student2 fakulti enviroment yang wat banci kenderaan di sekitar bandar Klang.. Aku diletakkan untuk cover kawasan Plaza Tol Sg. Rasau.. Seminggu gak la aku dok kat sane.. dari kulit aku cerah sampai la ke gelap jadinya… Abes sunburn kulit aku.. kt muka dah abes mengelupas.. cuma tangan jer baru skit..  Geng ada tips x cmner nak cepatkan mengelupasan kulit ni..? Hurm.. Abes jer wat banci kt Klang.. Aku sambung wat survey psal kajian thermal comfort di Putrajaya.. selama 2 hari aku kt sana.. memacam ragam orang aku tgk time minta public isikan survey ni.. biasala orangkan.. memacam ragam…ada yang OK, ramah sgt plak.. ada yang x OK.. abes dihalu ktorang… Huhu gni la nasib orang yg wat survey.. X per .. beser la cmni la orang yang bekerja.. Tetiap peluh yang menitis ada harganya… Abes jer aku rasa relieve sgt.. Yerla penat… Tapi aku appy coz dapat tambah kawan lagi.. Thanx gangs especially Abg Mi, Zack, Epol, Adik aku, SenG, Awin, Wawa , Lin, Khairul, Izah , Ain and all yang aku x ingat nama… Hope dapat bekerja ngan korang lagik…

Skang ni.. pas raya aji ni.. aku lepak jer kot kt umah.. coz 18 ari bulan ni aku dah nak pegi kursus yang dianjurkan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar & Alumni Uitm.. coz aku dilantik sebagai Pembantu Minggu Mesra Siswa (PMMS)..

p/s : SenG aku ambik and edit pic dari Facebook ko.. Jgn Marah Ek..

Selamat Ari Raya Aidiladha @ korban

December 8th, 2008 by slinky

Disini aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha@Korban kepada family, sedara, rakan2 , pensyarah2 dan yang mengenali diri ini.. Semoga kita mengambil iktibar dari sejarah korban ini sejak zaman Nabi dahulu.. Kepada yang mengerjakan haji semoga dapat mengejakan rukun yang ke-5 ini dengan bersungguh2 dan seikhlas hati dan moga dapat haji yang mabrur hendaknya.. dan kembali ke tanah air dengan selamat… InsyaAllah…

RSS Feed