One more paper…

April 24th, 2008 by slinky

Hanya tinggal satu sahaja exam paper yang harus ku hadapi hari sabtu ini… Nasib baik paper ni ada gap 3 hari.. So rilex la skit… Semlm untuk lepas tension skit, aku gi la tengok wayang citer “Forbidden Kingdom”… Ala citer baru Jackie Chan and Jet Li.. Cara gak jalan citer dia.. Dia mengisahkan tentang seorang anak mak saleh iaitu Jason telah masuk ke zaman lampau di negeri china.. dimana misinya adalah untuk melepaskan pahlawan bernama Sun Wukong. Sun Wukong ni terperangkap akibat tipu helah Jade Warlord. Bagaimana Jason bleh masuk ke zaman lampau china ini.. Ini adalah kerana dia seorang pengunjung setia kepada sebuah kedai antik di China town dimana dia selalu berkunjung kesana untuk membeli video kungfu kegemarannya. Dan apabila dalam perjalanan untuk pulang ke rumah.. Ssekumpulan samseng telah mengugut untuk membawa mereka ke kedai antik tersebut. Kumpulan samseng itu mengeladah untuk mencari duit. Dan dengan ketua samseng itu tertembak tuan punya kedai itu dan tuan punya kedai itu memberi kan kayu sakti kepada Jason untuk diberi kan kepada yang sepatutnya.

Dan samseng yang dalam keadaan takut terus mengejar jason hingga ke tingkat atas banggunan.. Dan secara tiba-tiba jason terapung dan jatuh kebawah… dan tada.. apabila jason sedar dia telah berada di zaman pemerintahan 500 tahun dahulu china.

Erm itu jer kot nak dapat aku citerkan, aku sangat syorkan pada korang untuk mononton citer ni…. kalo nak tau lebih lanjut.. sila la berkunjung ke pawagam yang terdekat… Hehe :D

Berkenaan dengan Windows Vista plak.. so far so good… performance menabjubkan.. Cuma ada sehari ada blue screen coz penyebabnya adalah driver Logitech Setpoint untuk mouse aku.. Pas tu aku trus uninstall jer setpoint tu… Skg ni aku nyer system Vista makin rock… and buat aku lupa pada XP…

Dreamscene Wallpaper..

April 20th, 2008 by slinky

Bagi sesaper yang pkai Windows Vista Ultimate.. dapat la merasa Dreamscene wallpaper yang membolehkan user guna file video as wallpaper desktop untuk pc or laptop diorg.. Diatas adalah contoh dreamscene wallpaper yang aku nak share ngan korang.. Tapi sesaper yang nak guna pastikan RAM korang lebi 1Gb, baru la besh nak run dreamscene ni.. hehe :D

Percubaan Kedua untuk Vista

April 19th, 2008 by slinky

Hurm empat hari aku guna Windows XP tapi aku still rindu nak gunakan WIndows Vista balik… Semlm aku start guna Vista Ultimate yang dah intergrate dengan service pack 1 yang aku download. Version ni senang skit dah siap activate… So far aku install dari semlm ok jer.. Kiter tgk bape lmer Windows Vista aku akan bertahan… Hope dia akan stable..

Isnin ni aku dah start final exam, paper “Telecommunication and Networking for Information Works”. Hari ni baru nk start study… Untuk sumer kengkawan Gud Luck for ur exam… Kepada yg terasa ati ngan aku.. Aku mintak maap ek.. Doakan aku supaya dapat jawab exam dengan jayanya.. :D

Vista oOo Vista…and …..

April 16th, 2008 by slinky

Hurmm cukup 2 minggu aku guna Windows Vista Ultimate SP1.. Pada hari ahad aku on jer laptop aku.. Laptop aku x bleh boot.. Aku pon x tau naper.. Then aku guna Norton Ghost untuk selamatkan sumer file aku dalam C:\. Tapi aku kecewa , sbb C:\ drive aku tidak lagi boleh diaccess.. Dia ckp “C:\ cant access , drive missing or corrupted..”" Arghh… Tensen nyer aku.. Abies sumer file pojek yang aku letak kat desktop.. Hurm.. Dah la pagi esok aku nak present VB.. Makin bertambah tensi aku ni.. Tapi alhamdulillah report dah siap, so aku slow² la wat.. selepas 1 jam, sumer selesai…Tapi.. File SPSS yang ada sumer data yang dah key-in dan dah wat analysis ilang begitu sahaja.. Tapi apa nak wat kan… Benda dah jadi.. Erm nasib baik Nabil still ada simpan lagi bahagian dia.. So aku just key-in bahagian aku then aku merge jer dua² sekali.. Malam tu jer aku trus.. install Windows XP blik.. aper nak buat.. sebenarnyer aku mmg suka sgt guna Vista ni.. Mmg besh.. sejak SP1 dah release.. Stable so far.. Tapi aku tak tau sb aper bleh jd crash gitu.. Isk.. So aku berkorban la.. Pkai jer XP..

So menjelangnya hari isnin, aku bagun lewat.. kol 8 lebih baru aku bangun.. Argh. Kol 9 nak gi jmpa En. Zul.. Nak present Projek.. Smpai jer aku tgh rmai nyer student dpn bilik En. Zul.. Rupa² diorg pon nak present gaks.. En. Zul sampai dalam kol 10 pagi.. En. Zul gtau.. aku kna tgg sampai diorg abes present baru aku bleh wat presetation.. So aku tak kisah la.. Tunggu punya tunggu.. Kol 11 lebih baru aku dpanggil masuk untuk meneruskan presentation… So aku mulakan presentation dengan memulakan sistem yang aku bina iaitu “Sistem Pengurusan Maklumat Pesakit”. Skejap jer presentation ni.. Yer la.. Pojek simple jer.. Cuma kalo ada kesempatan, kalo aku dapat continue blaja ngan En. Zul, aku harap dapat continue sistem ni.. Aku nak tambah byk lagi modul seperti, treatment, farmasi dan lain².

Erm malam nyer plak.. Aku ada test kedua untuk subject data analysis kat bilik seminar.. Start kol 8 sampai kol 930 mlm.. Masuk jer.. soklan dah ada.. selak punya selak.. ada gak soklan yang sama cm soklan sample yang aku wat ptg tu.. Alhamdulillah aku dapat jw dengan jayanya.. Tapi tak sure la betul ker tidak… Abes jer au g dinner ngan geng sekelas.. ramai gak mlm tu.. Dak lelaki yang dtg, Faiz, Nabil and aku… Dah pompuan, JJ, Azma, Wawa, CT Nur, Ika, and rmai lagi.. Tapi pas jer abes makan kuew tiaw goreng.. and bborak kejap.. Aku gerak ngan azma and jj coz nak tlg settlekan pojek VB si Azma.. So ktorang lepak kt McD Seksyen 2.. Lmer gak ktorg kat saner.. Ada gak smpai kol 2 lebih.. Abes jer.. kononnya nak pegi cari port lain nak continue keje.. tp alih² tukar , ktorg pg dataran.. Sampai jer kat dataran dalam kol 3 lebih.. Smpai jer Azma n JJ start la bergambar.. Byk gak diorg ni ambil gambar.. Bermcm² gaya.. Aku ingat krotang jer yang ada tapi rmai gak yang ada.. Memasing bergambar.. Yang ada tu geng keter.. so lepak la bborak.. Dalam kol 4 pagi ktorang pon bgerak.. ke puncak … coz ramai plak pak cik polis yang dtg tiime tu.. Hehe.. Sampai jer Puncak aku antar diorg kt kolej ang aku trus jer blik umah sewa… Lepak jap makn Burger McD yang diorg beli.. Then tgk Kungfu Dunk.. tapi x sempat abes.. Aku penin.. and aku trus tdo..

Macam mana nak hide user acount kt logon menu

April 11th, 2008 by slinky

Untuk Windows Vista

  1. Buka Registry Editor dengan “Windows button + R” then type regedit

  2. Buka HKEY_LOCAL_MACHINE\SOFTWARE\MICROSOFT\Window NT\CurrentVersion\Winlogon

  3. Buat satu key baru dengan nama “SpecialAccounts” dibawah Winlogon

  4. Buat satu key baru dengan nama “UserList” dibawah SpecialAccounts

  5. Then dalam key UserList, buat satu DWORD value dengan nama “seperti username yang korang nak hidekan”. Ingat jgn tukar value data dimana nilainya adalah “0″.

  6. Restart Windows.

p/s : Seblom lakukan apa², plz backup registry dahulu. Sebarang masalah tidak akan ditanggung :D

Dibawah adalah screenshot registry editor apabila selesai melakukan proses diatas

hide_user_logon.jpg

1 minggu lagi menjelang peperiksaan akhir

April 10th, 2008 by slinky

Erm tinggal lagi seminggu jer lagi menjelang peperiksaan akhir. Next week dah start study week. Tp tinggal lagi 2 projek x submit and present lagi. Iaitu projek Data Analisis dan projek sistem pengurusan maklumat pesakit. Esok ada test kedua data analisis.. Erm ntah cmne la soklan yang akan kluar.. Pagi tadi test CTU, alhamdulillah bleh gaks jawab.. tapi tak tau lagi btol ker tak.. tawakal jerk.. :D Sabtu ada test Golf plak.. Tapi hopefully dapat la markah lebih coz coach nak test pukulan and basic swing golf. And ahad plak ada presentation data analysis plak.. Tapi benda untuk present tak siap lagi.. Huhu

Erm untuk data analysis ni aku group ngan nabil ex-coursemate aku time kat KUIS dlu.. Kami wat research tentang ciri-ciri seorang web-blogger dan apa yang menyebabkan dia tulis tentang sesuatu. Data sumer dah kumpul and key-in dalam SPSS. Tapi aku blurr lagi camner nak start.. Isk… Penin-penin… Hope pas test esok aku bleh jumpa puan Rash sekejap.. Risau aku…

Berbalik pada final exam aku, semester ni aku just ade tiga paper jer.. Paper Hubungan Etnik, Organization of Information dan Telecommunication and networking for information works. Paper aku start 21 (Telecommunication), 22 (Hubungan Etnik) dan akhir sekali 26 (Organizationof Information). Erm pas jer exam aku ingat nk chow trus.. nak relax.. coz nanti aku ada exam MUET plak.. bulan mei ni.. Hope aku dapat wat bebetul untuk mencapai apa yang aku dambakan…..

« Previous Entries

RSS Feed