September 6th, 2010 by slinky
Tinggal lagi brape hari saje lagi , semua umat Islam akan menyambut hari kemenangan setelah 30 hari berpuasa.. disini saya Wira Wahyudi Ahmad Wasil ingin … memohon
p/s : Semoga Hari Raya yang mulia ini akan mengeratkan tali silaturahim antara kita.. and truskan momentum ibadah yang telah dilakukan ketika bulan Ramadhan.. and jgn lupa puasa enam ya…
September 3rd, 2010 by slinky
Haha.. mmg aku x sangka aku bley terjerumus dalam benda alah ni.. Car Town nme nye.. besh gak.. ala2 orang baru nak bukak bengkel kete.. start dengan satu kete je.. so aku pilih For Pinto.. Old Skool bro… so aku plan2 kayuh.. cari duit and korang taw dengan racing, car wash and baiki kereta.. the sampai la bengkel aku besar cam skang.. and dah ade 2 kete.. abes la ari² ngadap… Bawah ni pic kete and bengkel aku… Haha baru je level 12.. masu jauh lagi.. X dapat kete betul pun x per.. janji dalam ni dapat… ahah
My Garage
1973 Ford Pinto (Carbon Fiber)
2005 Mustang GT (Carbon Fiber)
August 21st, 2010 by slinky
Alhamdulillah skejap je rase bulan Ramadhan pada tahun ni.. arini dah masuk hari yang ke-12 kita berpuasa. Dan aku bersyukur dapat menunaikan ibadah ini dengan sempurna stakat ini.. InsyAllah.. Last week ari sabtu actually aku ade dua majlis berbuka. Satu bersama sanak-saudara & family di Staffield Country Resort dan satu lagi bersama Alumni IT KUIS di MAEPS. So aku decide untuk pergi berbuka bersama keluarga.. Alhamdulillah ramai yang datang.. Tok uda bersamafamily, Pak Lang Mak Lang and family, Wan Chu and family and last my family. haha.. x penah bbuka seramai ni.. siap meja panjang lagi.. So time smpai je tgk Tok Uda dah sampai.. so borak punya borak.. ktorg pun start ambil makanan… Haha.. aku mmg cmtu.. seawal pukul 6.30 ptg aku dah sibuk tgk and ambil makanan.. orang lain lepak lagi dok borak ngan member.. Macam biasa.. hidangan utama ialah kambing golek.. haha.. mmg aku tunggu kalo pg Staffield ni.. tu time buka.. tapi before time berbuka.. lepas balik keje.. seperti yang telah dirancang.. aku memulakan kerja-kerja untuk memasang JASMA thermal yang telah aku beli di Internet..Ok la RM90 Thermal Wrap with Aluminium Surface + 10 Stainless steel clip.

So aku wat ukuran gune kertas surat khabar terlebih dahulu bagi supaya dapat guna 10 meter ni cun cun untuk whole extractor aku ni… So lepas dah wat ukuran. aku pun potong kepada empat bahagian. and aku kluarkan bahagian aluminium tu.. senang sgt tertanggall so aku tanggalkan trus.. hahaah.. So yang lebih tu aku reserve untuk downpipe.. proses pemasangan and balut mengambil masa 45 minit.. tapi benda paling klaka.. aku pkai sarung tangan then sarung tangan ni agak menyusahkan la.. then aku bukak.. ha.. korang tau apa yang terjadi.. abis gatal2 tangan aku.. coz thermal wrap ni based on fiber.. so gentian fiber ni masuk dalam tangan.. adeh gatal giilo.. So pic kat bawah ni hasil dari usaha selamat 45 minit..


Uiks.. mmg pnat la.. la pasang benda alah ni.. yerla lagi² yang kat downpipe tu.. dah ler gune jack 2 tan.. kecik je.. ngam ngam masuk badan.. lenguh gak la..tangan aku ni.. ditambahkan lagi bebulan puasa ni.. hihi.. Ok la walaupun hasil nye x seberapa.. janji aku pueh ati.. cuma pas ni nak kena servis kete , tukar oil sum gasket and fuel filter.. Pastu dah ok dah kete kesayangan aku ni.. Tapi yang besh.. awal² pas pasang mesti berasap kaw-kaw punya.. naseb bek aku gi kajang untuk beli tiket and antar makanan kat adik last aku kat Asrama SMKSAAS.. haha. dan bila balik je.. dah ilang sume asap tu.. and bila aku bukak.. dah kuning je thermal wrap ni.. tapi yg besh.. dia x sepanas dulu.. kat engine bay.. air cond pon dah kuat bukan seperti sebelum nya.. thumb up for this product.. mmg sesuai untuk sesape yang dah tukar OEM header atau extractor ke aftermarket.. yerla riso byk benda yang ble kong kalo x de benda yg nak halang kepanasan extractor ni.. lagi² fan yg di depannya.. hihi…
Ok itu je update stakat ni.. untuk gambar time buke nnti aku up pas ni ek..
p/s : actually time wat benda ni.. hati aku ni x bape besh coz meeting pagi td, boss ade ckp aku n geng wat kerja x serius.. huhu.. sedeih gak la.. slama ni aku x serius la ek.. x per la.. terima je.. huhu
August 20th, 2010 by slinky
Erm.. psal drift ni aku mungkin ketinggalan skit la.. coz aku pnh skali je wat drift.. and after that mmg x pnh wat lagi.. tapi yang aku berpusing kat atas highway tu bukan dinamakan drift ek.. itu macam ala sukan extream.. 360 degree tu.. haha.. tapi now aku bukan nak bercerita psal pengalaman aku la.. tapiaku nak share skit psal drift ni..
Definisi Drifting : Drifting adalah satu teknik dimana pemandu dengan sengaja melakukan “oversteer” di selekoh sementara mengekalkan kawalan kereta di kelajuan tinggi.. (Wikipedia.com)
Kalo di Malaysia ni yang aku paling kenal taikor dalam dunia drifting ni Tengku Djan la.. mmg terbaek la dia.. respect..respect.. bawah ni pic dia…

Semangat aku pada drift ni naik lagi bila aku tengok video kat Ignition.com dimana Tengku Djan and Gang test jalan BUkit Putus untuk drift.. semangat pada kereta ni naik balik… dan membara skarg ni.. syok nye.. dlu merasa gak layan corner kat sna.. bila kena hantar barang kat Hospital Kuala Pilah.. Mmg terbaek weih.. so bawah ni video yang aku maksudkan.. kepada yang dah tgk dan yang blom tgk layan kan je k..
p/s : teringin sgt nak dok seblah dia time dia drifting.. bleh x? hope dapat satu hari nanti…
August 9th, 2010 by slinky
Erm kehangatan bulan Ramadhan dah terasa.. esok dah tgk anak bulan.. insyaAllah Rabu @ Khamis semua umat Muslimin dan Muslimat di Malaysia akan mula menunaikan fardu Puasa. Harap semuanya sihat dan dapat menjalani ibadah puasa ni dengan sempurna.. Tidak lupa kepada diri aku ini.. hope dapat perform dengan lebih baik dalam ibadah and kerja.. Dan kesempatan ini nak ucapkan “Ahlan Wa Sahlan Y Ramadhan”… tapi ade satu lagi perkara yang aku still rasa and trauma sampai skrg.. bila kete laju je aku x konfident cam dlu.. huhu.. gigil je kaki ni.. walaupun perkara tu dah nak 4 bulan lebih dah berlaku.. tapi aku masih trasa sampai sekarang.. masih terbayang-bayang tatkala meter kereta menunjukkan 120KM/h ++… Kaki aku automatik gigil.. huhu.. camne ni..ade cara ke nak ilangkan trauma ni? hurm.. berkat duit keje aku.. akhirnya penantian untuk menukar set rim kereta aku telah berakhir.. aku dapat beli rim ori Enkei RS5.. walaupun 2nd aku puas ati.. coz branded .. hihi.. ni la pic terbaru .. cun x rim? hihi

Erm..so tu je la.. ape yang aku dapat ukirkan disini.. so Slamat Berpuasa semua.. and selamat beramal..
July 28th, 2010 by slinky

Aku just nak share ape yang aku dapat dalam email… hope dapat berkongsi info dengan u all semua.
* Ambik perhatian , jgn selalu tido lewat !!
Rehat yang cukup adalah penting, jika anda tidak tidur dengan cukup. Toksin didalam badan akan terkumpul dan menjejaskan kesihatan dan mood anda.
Penyebab utama kerosakan hati :
- Tidur terlalu lewat dan bangun terlalu lewat adalah punca utama.
- Tidak buang air kecil pada waktu pagi.
- Makan terlalu banyak
- Tidak mengambil sarapan
- Mengambil terlalu banyak ubat-ubatan
- Mengambil terlalu banyak pengawet, pewarna, penambah rasa makanan dan pemanis tiruan.
- Menggunakan minyak masak yang tidak sihat. Jalan terbaik kurangkan penggunaan minyak ketika menggoreng termasuk menggunakan minyak seperti minyak zaitun. Jangan ambil makanan bergoreng ketika anda letih kecuali ketika badan anda cergas dan sihat.
- Mengambil makanan yang terlalu masak juga akan membebankan hati. Sayur perlu dimakan mentah atau dimasak 3-5 bahagian. Sayur bergoreng perlu dihabiskan dan jangan disimpan.
Kami telah mengambil cara hidup dan pemakanan yang baik. Mengekalkan tabiat makan yang baik adalah penting untuk badan kita untuk menyerap dan menghapuskan bahan kimia yang tak diperlukan.
Kerana..
- 9pm-11pm : Masa untuk menghapuskan toksik dan bahan kimia dari sistem antibodi (lymph node). Dalam jangka masa ini perlu dipenihkan dengan berehat , menonton tv atau mendengar radio. Jika dalam masa ini isteri/kakak/ mak masih dalam keadaan rehat seperti sedang membasuh pinggan atau sebagainya, ini akan memberikan impak yang negatif kepada kesihatannya.
- 11pm – 1am : Proses detoksin di hati, sepatutnya dalam keadaan tido nyenyak.
- 1am – 3am : Proses detoksin di Gall (Tempat dimana asid perut dikeluarkan), sepatutnya dalam keadaan tido nyenyak.
- 5am – 7am : Proses detoksin di kolon, anda perlu buang air besar.
- 7am-9am : Penyerapan semua nutrien dalam jumlah kecil, anda perlu mengambil sarapan ketika ini. Sarapan perlu diambil pada pukul 6.30am untuk sesiapn yang sakit. Sarapan sebelum 7.3-am amat perlu untuk sesiapa yang ingin kekalkan badan yang fitt. Kepada yang selalu tidak mangambil sarapan, mereka perlu menukar tabiat ini. dan lebih baik mengambil sarapan pada lewat 9am-10am dari tidak mengambil sarapan langsung. Tidur terlalu lewat dan bangun lewat akan menjejaskan proses membuang bahan kimia yang tidak diperlukan didalam badan.
- Tengah malam – 4am : masa untuk sum-sum tulang menghasilkan darah.