September 3rd, 2010 by slinky
Haha.. mmg aku x sangka aku bley terjerumus dalam benda alah ni.. Car Town nme nye.. besh gak.. ala2 orang baru nak bukak bengkel kete.. start dengan satu kete je.. so aku pilih For Pinto.. Old Skool bro… so aku plan2 kayuh.. cari duit and korang taw dengan racing, car wash and baiki kereta.. the sampai la bengkel aku besar cam skang.. and dah ade 2 kete.. abes la ari² ngadap… Bawah ni pic kete and bengkel aku… Haha baru je level 12.. masu jauh lagi.. X dapat kete betul pun x per.. janji dalam ni dapat… ahah
My Garage
1973 Ford Pinto (Carbon Fiber)
2005 Mustang GT (Carbon Fiber)
August 26th, 2010 by slinky
Haha.. aku ni memang suka bukak and baca blog orang.. walaupun aku mmg x berbakat untuk wat post yang menarik dalam blog aku.. Tapi sejak aku tgk vids kat FB. Vids ni dibuat atas lakaran si Zack Zukhairi ni.. mmg terbaek bro.. jarang aku rekemen blog orang cmni.. Lepas aku visit blog dia.. trus aku jatuh hati ngan content dia… content amat bermakna.. dan details psal citer dlm blog akan menarik perhatian setiap pengunjung.. bleh kasi two thumb ups… gud job bro..

Tajuk blog : Realiti Konspirari oleh Zak Zukhairi.
URL : http://zackzukhairi.blogspot.com/
Penglipurlara : Zack Zukhairi
August 24th, 2010 by slinky
Lama dah aku x post lagu yang mengamit perasaan bila mendengarnye… untuk arini.. lagu terpilih ialah lagu Aku dqan kenangan dinyanyikan oleh The Brain Connection.. Njoy it guys. i love the lyrics…
Penyanyi : The Bone Collector
Lagu : Aku dan Kenangan
Sunyi dan sepi…
Tiada bintang yang berkelipan di langit yang biru
Tiada kawan untuk ku berkata-kata dan bersenda
Ku nanti dikau…
Dengan harapan yang penuh kasih tak ternilai rasa
Akhirnya…
Yang ku nantikan tak kunjung tiba… oh…
Tiada kata tiada pesanan untuk ku
Yang engkau tinggalkan sayang…
Menghilangkan diri tanpa pesan
Ku ditinggal…
Pada siapa harus ku bertanya
Pada bulan atau angin lalu
Di manakah kini kau berada kasih…
Tiada kata tiada pesanan untuk ku
Yang engkau tinggalkan sayang
Menghilangkan diri tanpa pesan
Ku ditinggal…
Kepada siapa harus ku bertanya
Pada bulan atau angin lalu
Di manakah kini kau berada kasih…
Tersenyum aku…
Sambil menitiskan airmata mengenangkan dikau
Yang tinggal…
Hanya gambar jua tandamata dan kenangan
Tiada terduga…
Yang ini harus terjadi di malam begini
Mungkinkah… Kitakan bersua lagi…
August 21st, 2010 by slinky
Alhamdulillah skejap je rase bulan Ramadhan pada tahun ni.. arini dah masuk hari yang ke-12 kita berpuasa. Dan aku bersyukur dapat menunaikan ibadah ini dengan sempurna stakat ini.. InsyAllah.. Last week ari sabtu actually aku ade dua majlis berbuka. Satu bersama sanak-saudara & family di Staffield Country Resort dan satu lagi bersama Alumni IT KUIS di MAEPS. So aku decide untuk pergi berbuka bersama keluarga.. Alhamdulillah ramai yang datang.. Tok uda bersamafamily, Pak Lang Mak Lang and family, Wan Chu and family and last my family. haha.. x penah bbuka seramai ni.. siap meja panjang lagi.. So time smpai je tgk Tok Uda dah sampai.. so borak punya borak.. ktorg pun start ambil makanan… Haha.. aku mmg cmtu.. seawal pukul 6.30 ptg aku dah sibuk tgk and ambil makanan.. orang lain lepak lagi dok borak ngan member.. Macam biasa.. hidangan utama ialah kambing golek.. haha.. mmg aku tunggu kalo pg Staffield ni.. tu time buka.. tapi before time berbuka.. lepas balik keje.. seperti yang telah dirancang.. aku memulakan kerja-kerja untuk memasang JASMA thermal yang telah aku beli di Internet..Ok la RM90 Thermal Wrap with Aluminium Surface + 10 Stainless steel clip.

So aku wat ukuran gune kertas surat khabar terlebih dahulu bagi supaya dapat guna 10 meter ni cun cun untuk whole extractor aku ni… So lepas dah wat ukuran. aku pun potong kepada empat bahagian. and aku kluarkan bahagian aluminium tu.. senang sgt tertanggall so aku tanggalkan trus.. hahaah.. So yang lebih tu aku reserve untuk downpipe.. proses pemasangan and balut mengambil masa 45 minit.. tapi benda paling klaka.. aku pkai sarung tangan then sarung tangan ni agak menyusahkan la.. then aku bukak.. ha.. korang tau apa yang terjadi.. abis gatal2 tangan aku.. coz thermal wrap ni based on fiber.. so gentian fiber ni masuk dalam tangan.. adeh gatal giilo.. So pic kat bawah ni hasil dari usaha selamat 45 minit..


Uiks.. mmg pnat la.. la pasang benda alah ni.. yerla lagi² yang kat downpipe tu.. dah ler gune jack 2 tan.. kecik je.. ngam ngam masuk badan.. lenguh gak la..tangan aku ni.. ditambahkan lagi bebulan puasa ni.. hihi.. Ok la walaupun hasil nye x seberapa.. janji aku pueh ati.. cuma pas ni nak kena servis kete , tukar oil sum gasket and fuel filter.. Pastu dah ok dah kete kesayangan aku ni.. Tapi yang besh.. awal² pas pasang mesti berasap kaw-kaw punya.. naseb bek aku gi kajang untuk beli tiket and antar makanan kat adik last aku kat Asrama SMKSAAS.. haha. dan bila balik je.. dah ilang sume asap tu.. and bila aku bukak.. dah kuning je thermal wrap ni.. tapi yg besh.. dia x sepanas dulu.. kat engine bay.. air cond pon dah kuat bukan seperti sebelum nya.. thumb up for this product.. mmg sesuai untuk sesape yang dah tukar OEM header atau extractor ke aftermarket.. yerla riso byk benda yang ble kong kalo x de benda yg nak halang kepanasan extractor ni.. lagi² fan yg di depannya.. hihi…
Ok itu je update stakat ni.. untuk gambar time buke nnti aku up pas ni ek..
p/s : actually time wat benda ni.. hati aku ni x bape besh coz meeting pagi td, boss ade ckp aku n geng wat kerja x serius.. huhu.. sedeih gak la.. slama ni aku x serius la ek.. x per la.. terima je.. huhu
August 20th, 2010 by slinky
Erm.. psal drift ni aku mungkin ketinggalan skit la.. coz aku pnh skali je wat drift.. and after that mmg x pnh wat lagi.. tapi yang aku berpusing kat atas highway tu bukan dinamakan drift ek.. itu macam ala sukan extream.. 360 degree tu.. haha.. tapi now aku bukan nak bercerita psal pengalaman aku la.. tapiaku nak share skit psal drift ni..
Definisi Drifting : Drifting adalah satu teknik dimana pemandu dengan sengaja melakukan “oversteer” di selekoh sementara mengekalkan kawalan kereta di kelajuan tinggi.. (Wikipedia.com)
Kalo di Malaysia ni yang aku paling kenal taikor dalam dunia drifting ni Tengku Djan la.. mmg terbaek la dia.. respect..respect.. bawah ni pic dia…

Semangat aku pada drift ni naik lagi bila aku tengok video kat Ignition.com dimana Tengku Djan and Gang test jalan BUkit Putus untuk drift.. semangat pada kereta ni naik balik… dan membara skarg ni.. syok nye.. dlu merasa gak layan corner kat sna.. bila kena hantar barang kat Hospital Kuala Pilah.. Mmg terbaek weih.. so bawah ni video yang aku maksudkan.. kepada yang dah tgk dan yang blom tgk layan kan je k..
p/s : teringin sgt nak dok seblah dia time dia drifting.. bleh x? hope dapat satu hari nanti…
August 11th, 2010 by slinky
Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini..ingin saya share fadhilat dan kelebihan solat terawih dengan para pengujung blog ini.
- Malam 1 – keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru
dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.
- Malam 2 – diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua
ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman)
- Malam 3 – berseru Malaikat di bawah ‘Arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih
terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.
- Malam 4 – memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca
kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
- Malam 5 – Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam,
Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.
- Malam 6 – Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di
Baitul Ma’mur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah
mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang
terawih poda malam ini.
- Malam 7 – Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi
‘Alaihissalam nenentang musuh ketatnya Fir’aun dan Hamman.
- Malam 8 – Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telah
dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim ‘Alaihissalam.
- Malam 9 – Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi
Muhammad S.A.W.
- Malam 10 – Allah Subhanahuwata’ala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di
akhirat.
Read the rest of this entry »